Friday, November 27, 2009

Salam Idul Adha

Kepada semua pengunjung ,Dill Cakes mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Idul Adha. Semoga kita semua akan lebih menghayati makna pengorbanan .
Kepada yang pulang ke kampung berhati-hati memandu. Kepada pelanggan dan bakal pelanggan Dill Cakes nantikan promosi hebat Bulan Disember ini yang akan saya masukkan dalam entry akan datang.
Saya bercuti 29 November hingga 1 Disember.


Antara kek Idul Adha yang sempat dirakamkan. Tempahan dari Wan Amalina.

Wednesday, November 25, 2009

KUIS

Kek untuk satu majlis di KUIS.Kek ini ditempah oleh RZ Catering
yang menyediakan makanan bagi jamuan di Majlis tersebut.

Dengan menggunakan logo KUIS saya hiasi dengan bunga kecil di atas kek. Hiasan kek sengaja saya biarkan agak minima supaya ianya lebih berimej korporat.Kek ini saiz 12" x 12". Perisa Choc Blueberry dengan fresh cream.
Ada cerita lucu disebalik kek ini.....:-)


Friday, November 20, 2009

Bahagia di Usia 72 tahun

Bahagia pakcik ini diusia 72 tahun . Dikelilingi anak cucu dan keluarga yang saling sayang menyayangi. Pakcik ini ialah ayah kepada Puan Linda dari Seksyen 3 Shah Alam. Blueberry Cheese cake ini dengan saiz 10", berat 2kg+ dan diserikan dengan gambar ayahanda tersayang.....
Alangkah bagusnya kalau kita semua menjadi seperti Puan Linda yang sentiasa mengingati dan meraikan hari lahir ayahnya...:-)

Dan esoknya Puan Linda menelefon saya dan minta buatkan sebiji lagi blueberry cheese ini kerana katanya kek semalam tidak cukup..dan yang penting Birthday boy suka dengan kek itu....

Tuesday, November 17, 2009

Hati Syikin

Kek hantaran heart shape ini ditempah oleh Syikin dari UPM Serdang. Selepas beberapa kali menukar design dan warna ,akhirnya syikin mmeilih design ini dengan tema maroon putih
Kepada Shikin semoga berbahagia selalu...




Monday, November 16, 2009

Menjejaki Angka 25

Tempahan dari Ct Aishah untuk kakak angkat tersayang...ini adalah surprised gift untuk kakak angkatnya...da seperti biasa saya diminta untuk membuat penghantaran dan mengsurprised kan penerima..:-)
Pemilik gambar cantik manis di atas kek ini ialah Suzie Ardiana binti Ghapar
dari Taman Medan.

Semoga penerima dan yang menempah kek bergembira dengan kek ini.

Friday, November 13, 2009

Ben 10 Series

Banyak tempahan saya terima untuk kartun Ben 10...dan ini adalah sebahagiannya....
Rasanya tahun 2009 Ben 10 mendominasi karekter yg paling diminati pelanggan yg menempah kek dari saya

Wednesday, November 11, 2009

Mariposa oh Mariposa

Kek dengan gambar MAriposa ni di tempah oleh Azura dari Klang
. Biasanya saya akan menggunakan warna pink keseluruhan untuk kek ni
tapi Azura minta saya buatkan kolor coklat ditepinya.
Gembira bila membaca komen Azura..Azura thanks for the order!

Sms dari Azura:
salam.Tq for delicious cake tu.Guest suka sangat sampai ulang makan 2x. Kids lagilah...i like d icing ..mcm icecream rasanya. Tq. will rekemen 2 kwn2 lain ni
.

Nota: Saya menggunakan freshcream untuk semua kek saya kecuali kek kahwin atau choc ganache!Freshcream mmg sedap macam ice cream....

Monday, November 9, 2009

Bagaikan Raja

Bila disebut diraja, pasti warna kuning terlintas di fikiran. Warna kuning sememangnya warna yang cantik dan sesuai untuk majlis perkahwinan. Sesuai dengan gelaran Raja Sehari..pengantik nampak cantik dan serasi dengan tema warna ini .

Kek 3 tingkat ini merupakan kek perkahwinan anak Imam Besar Masjid Kajang.
Memilih warna kuning sebagai tema warna...Ia kelihatan begitu anggun
dipdankan dengan baju pengantin,pelamin,khemah dan segalanya dalam majlis besar itu....



Friday, November 6, 2009

Hello Kitty Cupcake

My_za hanya memberi email pada saya mengenai tempahan ini..punya la terujanya beliau sampai siap bayar online sebelum saya beri pengesahan order ..Anyway saya harap My_za suka dengan CC ini.Walaupun permintaan asalnya adalah kartun teddy bear diatas cupcakes, namun sebab kehabisan stok saya terpaksa mengantikkannya dengan Hello Kitty.

Cupcake ini adalah hadiah untuk rakannya Fatehah di Taman Bt Tiga Shah Alam..Atas permintaanya saya membuat delivery untuk beliau. :-). Juga beliau minta saya buatkan note ini utk fatehah.(nama macam watak dalam Wadi Unung pulak..:-) )
To Ehah,
Happy Belated Birthday
Enjoy this day with ur lovely hubby
Miss u much
From
Myza&Hubby



Sunday, November 1, 2009

Sama Jiwa Sama Rasa

Kebiasaannya tempahan kek adalah berdasarkan tema warna majlis perkahwinan.
Majlis yang berlangsung di Dewan Komuniti Tun Abd Razak ini menjadikan peach sebagai tema warna majlis. Tempahan kek ini dibuat oleh RZ Catering.
Alas meja dan kek senada melagukan irama meriahnyanya majlis..:-)