Friday, December 31, 2010

Kasihnya Isteri

Terharu saya menerima tempahan ini. Dari jauh di utara Puan Siti HAwa menempah carrot cake untuk suami tersayang yang sedang berkursus di Quality Hotel Shah Alam. Saya teruja membuat kek ini kerana Puan Siti sangat excited mahu memberi kejutan kepada suami.......Kek ini sebagai tanda betapa dalamnya kasih isteri kepada suami

Bila saya membuat delivery kek , Suami Puan Siti begitu terkejut.Agaknya tak menyangka isteri jauh dimata sanggup menempah kek secara online semata2 untuk meraikan hari lahir suami. Dan kawan2 suami beliau yang sama kursus begitu sporting dengan menyanyikan lagu Happy Birthday untuknya.....
KAsih sayang itu ada dimana2..sama ada kita mahu menunjukkannya atau tidak sahaja...:-)

Kek baru sampai hotel. Suami Puan Siti yang berjanggut itu. Member2 semua sporting

Friday, December 24, 2010

Bakal Menantu

Cupcake hantaran ditempah oleh Puan Rohani Hamzah untuk majlis pertunangan anaknya.
Agak kelam kabut pagi tadi sampai saya lupa untuk snap gambar..
Pakai Hp sahaja dan cupcake dalam kotak.
Nampak gambar agak gelap...:-(((((

Anyway untuk Puan Rohani Selamat Mendapat Bakal Menantu...
semoga majlis berjalan dengan lancar


Saturday, December 18, 2010

Persandingan Penuh Gaya

Persandingan penuh gaya di Felda villa
Dengan tema persandingan dalam taman....
Pelamin dihiasi indah......
Renyai hujan di petang hari menyejukkan suasana majlis persandingan ini yang di adakan di malam hari....
Kepada Natasha dan pasangan Selamat Pengantin Baru.
Semoga bahagia hingga akhir hayat....

Psssttt: Berat kek ini hampir 14 kg!



Wednesday, December 15, 2010

Bila jodoh tiba

Kek ini menghiasi majlis perkahwinan pasangan pengantin dari Klang
Berat kek hampir 10 kg
Dengan tema purple putih
Kepada pengantin semoga berbahagia hingga ke akhir hayat

Wednesday, December 8, 2010

Puteri bergaya

Tq salina atas order kek Barbie ini
Tema putih pink..
Semoga beliau gembira dengan kek ini


Friday, December 3, 2010

Red Box Pavillion KL

Adakalanya kerja saya ni bukan membuat kek ajer..tapi turut terlibat dalam memberi surprised kepada org lain..

Untuk ini saya diminta untuk menghantar kek ini ke Red Box Pavillion Kuala Lumpur. Dah lama tak ronda2 Kl tengah-tengah malam. Sekali sekala best juga...

Kek untuk meraikan hari lahir seseorang... Harap2 ia memberi kejutan walaupun cuma sebiji kek yang simple.....

Thursday, December 2, 2010

Dan Inilah Pemenangnya

Tahniah kepada Azli dari Bandar Sri Damansara kerana berjaya menjadi pengunjung ke 200 ribu dan seterusnya memenangi 2 tiket lunch di Menara Kl. Kepada yang telah mengunjungi blog saya diucapkan terima kasih. Sila jenguk lagi kerana banyak diskaun serta hadiah yang akan saya beri dari semasa ke semasa.

Saya sedang berkira2 untuk mengadakan Super Sale untuk pelanggan yang pernah order dari saya...
Any suggestions???