Monday, April 25, 2011

Bahagia Mempelai

Menguntum senyum mempelai di hari bahagia.
Perjalanan Ipoh - Shah Alam bagai tidak terasa
Dek bahagianya diri.

Tahniah Puan Suhaina atas majlis perkahwinan anaknya di Balai Seni Islam Shah Alam.
Majlis menerima menantu meriah dihadiri saudara mara, rakan taulan serta jiran-jiran.
Dan kek saya sebahagian dari pelengkap bahagia pasangan mempelai..:-)



Saturday, April 23, 2011

Istana Hinggap

Ini tak tau la kalau boleh dikatakan istana
mungkin sekadar istana hinggap.
Memenuhi tempahan kurang dari 24 jam sememangnya amat meletihkan.
Dengan idea yg kurang, masa yang terhad, material yg serba tak cukup.
Tapi saya gagahkan juga buat simple castle ini sebagai memenuhi tempahan last minute dari USIM.....
Anyway Tq atas tempahan



Tuesday, April 19, 2011

Seri PICC (Putrajaya International Convention Centre)

Bila kuning dan hitam bersatu
Serinya begitu klasik
Dewan gah PICC Putrajaya dilimpahi seri kuning hitam...
Unsur elegan dan mewah disana sini.
Tahniah kepada Pengarah Kastam Yg Bhg Datuk Khazali atas perkahwinan anaknya baru2 ini di PICC.
Kek 5 tingkat kuning hitam penambah seri majlis!





Saturday, April 16, 2011

Free Cake dari Dill Cakes

Selepas melepasi 10 tahun dalam bidang ini, saya rasa bersyukur dan gembira
Walaupun bisness tidaklah sebesar mana, namun ianya amat baik dan menggembirakan.
Bermula dengan operasi dari rumah kini saya mampu memiliki kedai sendiri. Alhamdulillah. Saya juga amat berterima kasih kepada pelanggan saya...yang berulang kali menempah..mahu pun yang baru pertama kali..atau juga yang sering menjenguk laman web saya...atau yang malu2 menegur saya di laman web atau facebook.Jasa kalian semua tidak saya lupakan.

Atas rasa berterima kasih kepada pelanggan, saya menjadikan April Bulan Free kek dari Dill Cakes. Dan pemenang minggu pertama dimenangi oleh Cik Azryn!

Ini lah pemenangnya!

Rezeki dikongsi bersama rakan pejabat


Sunday, April 10, 2011

Untuk Yang Setia

Asalnya diminta Barbie yang bertudung.
Tetapi disebabkan tempahan sgt last minute..dan hujung minggu pula,
Saya hanya mampu menjanjikan barbie yang simple akibat tidak mempunyai masa yang cukup sementelah saya mempunyai tempahan lain yang banyak untuk dibuat.Mahu menolak, tetapi tidak sampai hati kerana beliau ni customer saya yg sgt setia
Untuk Hawa dari JAIS, terima kasih atas tempahan ini

Saturday, April 9, 2011

Menjadi Sarapan Putrajaya

Sarapan dengan kek dari Dill Cakes?
Itulah sebahagian menu Jabatan Perdana Menteri untuk satu majlis sarapan rasmi.
Blackforest kek dalam saiz yang besar...
Sesudah subuh terus berkejar saya ke Putraya menunaikan tempahan ini..:-)



Tuesday, April 5, 2011

Lavender Penyeri Majlis

Kek 4 tingkat, dengan tema putih lavender
Redup warna ini,mencetus lebih hangat kasih mempelai...



Sunday, April 3, 2011

Tribute to Roshidah Abdullah

Tempahan Korporat dari Syarikat PharmaniagaLogistic Sdn Bhd sempena farewell untuk staffnya.
Saiz kek 24 inc x 12 inc
Edible image dari kedai edible saya